PROGRAM BERBASIKAL PENGHIJAUAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KELANTAN
10 October 2021


​10 Oktober - YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli menghadiri Program Berbasikal Penghijauan Malaysia Sempena Kempen 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Kelantan yang telah diadakan pada pagi ini 10 Oktober 2021 di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis ini adalah hasil kerjasama daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dengan bantuan agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi yang terlibat.
   
Acara Flag Off bagi Program Berbasikal disempurnakan oleh Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, YAB Menteri Besar Kelantan Darul Naim yang bermula di Hotel Perdana Kota Bharu dan berakhir dengan acara penanaman pokok di Taman Perbandaran Tengku Anis.

Tiga spesies pokok turut ditanam dalam program hari ini iaitu pokok Blue Quandong (Elaeocarpus spp.), Tekoma (Tabebuia rosea) dan Tanjung (Mimusops elengi L).


 



Attachments